| Semak semula keputusan peperiksaan |
|
|
| Written by admin |
RAYUAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN1.1 Pelajar boleh membuat rayuan semakan semula skrip jawapan peperiksaan bagi sesuatu kursus. Semakan semula hanya boleh dilakukan bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir sahaja. 1.2 Rayuan perlu dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Akhir melalui Pusat Asasi/Fakulti dengan menggunakan Borang CFS/HEA/RSS/2010-1 [Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan] dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi iaitu tarikh rayuan ditutup pada 18 Mei 2012. 1.3 Setiap permohonan dikenakan bayaran RM50.00 bagi setiap satu kursus dalam bentuk 'postal order/money order' atas nama Bendahari UiTM. 1.4 Keputusan terhadap rayuan akan diumumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh rayuan ditutup. Keputusan akan dipaparkan dalam gerbang maklumat pelajar 'Student Portal'. Keputusan yang diumumkan adalah muktamad. 1.5 Rayuan penyemakan semula skrip jawapan untuk Peperiksaan Khas tidak dibenarkan |