Alt Text

UiTM UNGGUL DI PENTAS DEBAT ! PERTAHAN TAKHTA PeDAA 2026

JELI, 15 Februari 2026 – Pasukan Debat Bahasa Inggeris (UiTM A) daripada Universiti Teknologi MARA berjaya mempertahankan kejuaraan Pusat Asasi UiTM dalam Pertandingan Debat Antara Asasi (PeDAA 2026) yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli.

UiTM A muncul juara selepas menewaskan pasukan Universiti Malaya di pentas akhir, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dalam kategori Bahasa Melayu, UiTM A dan UiTM B turut mengharumkan nama institusi apabila meraih tempat ketiga bersama. Kategori tersebut menyaksikan UMK sebagai naib juara dan UIAM sebagai juara.

Pengarah Pusat Asasi, Zulkhairi Hj. Amom, menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti komitmen tinggi pelajar dan pensyarah pembimbing.

Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

Contact Us

Pusat Asasi
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor, Kampus Dengkil
43800 Dengkil , SELANGOR

korporatasasi@uitm.edu.my

Tel  :+603 8924 5200
Fax : 603 8924 5422